Cancer Survivor Malaysia PPM-034-02-15052019 merupakan sebuah badan NGO diketuai oleh Zuraini Kamal selaku Presiden, telah membuat satu inisiatif dengan menghasilkan platform atas talian pada Julai 2022 yang bertujuan untuk membantu penerima atau pesakit untuk meraih sumbangan secara telus, mudah & sistematik tanpa ada unsur pecah amanah & eksploitasi. Penyumbang juga dapat menyumbang dengan cara yang lebih mudah, cepat & efektif.
Platform bersifat digital ini sangat efisien dalam menghubungkan penyumbang & organisasi, pertubuhan atau NGO yang memerlukan sumbangan melalui kempen-kempen yang dijalankan dari masa ke semasa.
Cancer Survivor Malaysia dapat membuktikan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak mengira bangsa & agama terkenal dengan keprihatinannya dalam membantu orang-orang yang memerlukan walaupun dilanda pandemik COVID-19.
Insha Allah, dengan wujudnya platform ini akan lebih memudahkan rakyat Malaysia untuk berbuat baik & menghulurkan sumbangan tanpa rasa ragu & was-was. Penyumbang boleh melihat sendiri jumlah terkini sumbangan yang terkumpul bagi setiap kempen yang dijalankan di laman web kami.
Kini, penyumbang tidak perlu lagi risau tentang ketelusan pengurusan sumbangan yang disalurkan. Pastinya penyumbang lebih yakin untuk menyumbang dalam talian bersama kami.
“Aku Ingin Hidup”
Sekian.